Tuesday 17 April 2012

Bahasa Ilmu

Ceritera 26

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi wahana untuk memperoleh dan mneyampaikan ilmu dalam pelbagai bidang. Untuk berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mesti memiliki kosa kata dan istilah yang mencukupi supaya semua ilmu dalam kehidupan moden dapat diungkapkan dalam bahasa Melayu. Usaha memupuk bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dilakukan menerusi perancangan bahasa, iaitu perancangan taraf dan perancangan taraf korpus. Dalam perancangan taraf, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan. Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga lebih terserlah dengan penawaran kursus bahasa Melayu di peringkat universiti tempatan dan luar negara. Hasil daripada perancangan korpus, bahasa Melayu kini telah mempunyai perbendaharaan kata dan istilah yang cukup, sistem ejaan Rumi yang mantap dan tatabahasa yang dinamik dan sempurna untuk melaksanakan fungsinya sebagai bahasa ilmu.

Sekilas Kata:

Ringkasnya, bahasa Melayu kini sudah mampu diungkapkan dalam pelbagai bidang seperti bidang sains, komputer, teknologi maklumat dan komunikasi, undang-undang, ekonomi dan sebagainya. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tercapai disebabkan bahasa Melayu juga sebagai bahasa pertama dan bahasa kebangsaan di Malaysia. Oleh itu, pelaksanaannya sebagai bahasa ilmu lebih mudah.

No comments:

Post a Comment