Tuesday 17 April 2012

Bahasa Formal

Ceritera 25

Bahasa formal ialah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi seperti dalam majlis atau upacara rasmi, mesyuarat, seminar, pendidikan dan pentadbiran. Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana. Antara ciri bahasa formal ialah:-

  1. Kata nama diri pertama digunakan secara meluas. Nama sendiri, nama timangan atau nama ringkas tidak digunakan.
  2. Bahasa baku digunakan sebaik-baiknya. 
  3. Tiada unsur percampuran kod yang berlaku. Contohnya, I, you dsb.
  4. Kata-kata yang diujarkan atau ditulis dengan lengkap.
  5. Tidak menggunakan unsur kependekan. Contohnya, tak untuk tidak, tah untuk entah, kg. untuk kampung.
  6. Bentuk-bentuk sapaan dan gelaran digunakan dengan sepenuhnya. Contohnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan YAB PM.
  7. Pola intonasi untuk setiap ayat digunakan dengan sebaik-baiknya dan jelas. 
Sekilas Kata:

Bahasa formal biasanya digunakan dalam teks pengacaraan majlis yang bersifat protokol. Penggunaan bahasa formal perlulah tepat supaya gelaran yang digunakan untuk seseorang lebih jelas.

No comments:

Post a Comment