Monday 5 March 2012

Penggunaan Dialek dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Ceritera 1

Hari ini, saya ingin berkongsi penggunaan dialek dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Sebagai seorang guru pelatih, kami dikehendaki menjalani pengajaran mikro sebagai persediaan ketika mengajar di sekolah nanti. Ketika sesi pengajaran mikro yang dilakukan oleh seorang rakan saya, dia telah menayangkan sebuah video klip berserta lirik tentang pencemaran alam. Dalam video klip tersebut, lirik-lirik yang digunakan ada unsur-unsur dialek, iaitu dialek Perak. Dialek ini merupakan  variasi bahasa yang berlainan menurut pengguna. Variasi bahasa yang dipakai oleh sekelompok bahasawan di tempat tertentu (dialek regional), atau golongan tertentu daripada sesuatu kelompok bahasawan (dialek sosial) dan kelompok bahasawan yang hidup pada waktu tertentu (dialek temporal). (Harimurti Kridalaksana, 1983:32).





Sekilas Kata:

Penggunaan dialek sering berlaku dalam sesebuah kelompok masyarakat tanpa mengira masa, situasi, persekitaran dan orang yang dilawan bicara / pendengar. Penggunaan dialek ini perlulah digunakan dalam konteks yang sesuai. Sebagai contoh stuasi yang saya ceritakan tadi, sebenarnya tidak bertepatan dengan konteks yang berlaku ketika itu. Hal ini demikian kerana dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek bahasa Melayu, semua yang terlibat dalam sesi tersebut sama ada guru atau murid tidak boleh menggunakan dialek dalam percakapan atau dalam pengajaran mereka. kita perlu menggunakan bahasa baku atau bahasa standard kerana bahasa tersebut lebih mudah difahami oleh semua orang. berbanding penggunaan dialek.

No comments:

Post a Comment