Friday 9 March 2012

Dialek dan Bola Sepak


Ceritera 5

Penggunaan dialek bukan sahaja berlaku dalam pertuturan atau perhubungan. Malah, dialek ini juga berlaku dalam bentuk tulisan, seperti slogan, kata semangat, kempen dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan dialek ini dapat dilihat ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dengan Terengganu di Stadium Shah Alam. Sorakan dan sokongan penyokong menyebabkan berlaku fenomena perang dialek antara pasukan bertanding. Penyokong meluahkan tanda sokongan mereka melalui kain rentang, poster yang dihasilkan mengikut dialek negeri masing-masing.

Contoh Penggunaan Dialek Terengganu dan Negeri Sembilan serta Maksudnya:-

Dialek
Contoh Dialek
Maksud
Terengganu
Peteh sek hoben, bior reboh guling banting.
Bentes pasukan Negeri Sembilan sampai tersungkur dan tidak boleh bangkit lagi.
Dok rok cetong set diye tuh.
Bukan hebat sangat pasukan Negeri Sembilan itu.
Negeri Sembilan
Apo tunggu laei jang, rembat jo lah
Apa yang engkau tunggu lagi, rembat sahajalah.
Dokek siket laei, bahayo.
Dekat sedikit lagi, bahaya!




Sekilas Kata:

Kemewahan bahasa melalui dialek pertuturan negeri banyak memberi sumbangan kepada kemeriahan sukan bola sepak tempatan. Hal ini terbukti apabila bahasa tidak terhad kepada pertuturan semata-mata, namun boleh memberi satu kesepaduan dan kesepakatan antara satu sama lain. Peranan dialek ini mendorong kepada kekayaan korpus bahasa Melayu kerana dialek bersifat unik, terbuka dan memiliki kepelbagaian yang tersendiri.


No comments:

Post a Comment