Monday 12 March 2012

Bahasa SMS


Ceritera 6

Sistem mesej singkat (SMS) telah memberi kesan kepada pengguna secara berperlahan-lahaan dalam penghantaran mesej berbentuk jimat. Bahasa SMS ini didapati tidak mengikut peraturan tatabahasa bahasa Melayu standard. Kadangkala, ada perkataan yang digunakan tidak terdapat dalam kamus. Perkataan ini juga dieja dalam bentuk yang paling ringkas dan mengikut ejaan sendiri. Misalnya perbualan antara seorang ibu dan seorang anak yang bernama Amir yang berumur 15 tahun dalam bentuk sistem mesej singkat melalui telefon bimbit.
                               Ibu        : Salam. Apa khabar Amir anak kesayangan ibu? Sihat?
   Amir     : Wslm. Khbr baek. Amir chat,bu.
Ibu       : Mesej apa yang Amir taip ini?

Antara bahasa SMS yang biasa digunakan ialah:-
Bahasa Melayu Standard
Bahasa SMS
pergi
pi / gi
buat
uat
kenapa
Knp / y

Sekilas Kata:

Bahasa SMS ini sebenarnya lebih banyak kesan negatifnya daripada kesan positif kepada bahasa Melayu itu sendiri. Selain kesalahan ejaan dan ejaan yang terlalu ringkas, bahasa SMS ini boleh memberi kesan dalam berkomunikasi kerana tidak semua orang akan faham ejaan dan singkatan yang kita gunakan. Hal ini akan menyebabkan pesanan atau mesej yang hendak disampaikan gagal atau tidak berkesan. Bahasa SMS juga boleh mempengaruhi dalam pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah. Hal ini demikian kerana ada murid yang menggunakan ejaan singkatan atau ejaan yang salah ketika menghasilkan sesuatu ayat. Hal ini didorong oleh penggunaan bahasa SMS yang keterlaluan. Kesannya, bilangan murid yang tidak tahu mengeja dengan baik akan bertambah.

No comments:

Post a Comment