Tuesday 6 March 2012

Kecelaruan Bahasa

Ceritera 2

Sebentar tadi, saya ada terbaca artikel karya Din Tako dalam sebuah majalah terkenal. Dalam artikel ini, beliau ada menyebut mengenai kecelaruan bahasa akan memaparkan kekalutan identiti seseorang atau penggunanya. Kecelaruan bahasa ini merangkumi penggunaan bahasa asing, bahasa rojak, bahasa sistem mesej singkat atau bahasa yang diguna pakai oleh remaja kini. Punca isu ini masih dipersoalkan kerana latar belakang dan pertuturan dalam sistem pendidikan di Malaysia mesti menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

Sekilas Kata:

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mudah dipelajari. Sistem pendidikan di Malaysia tidak cukup kuat untuk mengatasi masalah kecelaruan bahasa ini. Oleh itu, langkah-langkah lain yang sesuai perlu dilihat bagi mengatasi masalah ini. Misalnya, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya boleh mengambil langkah seperti menerbitkan majalah-majalah keluarannya dalam bentuk talian supaya majalah tersebut dapat diakses tanpa mengira keadaan dan masa. 

No comments:

Post a Comment