Ceritera 14
Bahasa dan alat teknologi mempunyai
perkaitan kerana sejarah membuktikan sesuatu bahasa berjaya dikembangkan dan
disebar luas melalui alat teknologi. Sesuatu alat teknologi memerlukan sesuatu
bahasa untuk dimasyarakatkan. Bahasa Melayu telah tersebar secara meluas sejak
abad ke-20 dengan menggunakan alat teknologi moden seperti alat percetakan
untuk menghasilkan buku, majalah dan akhbar. Fenomena ini telah membantu untuk
mengembangkan bahasa Melayu moden melalui penghasilan bahan bacaan tersebut.
Dengan adanya alat teknologi ini, hasil bahan dapat diterbitkan dalam kuantiti
yang besar. Penggunaan alat teknologi baharu dalam kalangan masyarakat berlaku
secara drastik. Mereka sudah menggunakan komputer riba, iPAD, samsung galaxy
tab dan sebagainya untuk mendapatkan sesuatu bahan. Kehadiran pelbagai alat
teknologi moden ini dalam alam bahasa Melayu telah melahirkan kosa kata dan
istilah baharu seperti internet, jalur lebar, tetikus dan muat turun. Kesannya,
kelahiran teknologi ini dapat memperkaya kosa kata dan istilah dalam bahasa
Melayu selaras dengan perkembangan teknologi moden.
Sekilas Kata:
Kewujudan pelbagai alat teknologi moden
dan terkini telah membantu bahasa Melayu menjadi bahasa yang lebih maju dan
moden. Hakikatnya, bahasa tersebut mampu memanfaatkan alat teknologi moden
untuk kelangsungan hidup dan menghasilkan masyarakat yang maju.
No comments:
Post a Comment