Ceritera 3
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang terpenting di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Bahasa Melayu pernah dijadikan bahasa lingua franca ketika zaman bumi Tanah Melayu dijajah. Penggunaannya sangat meluas dan amat membanggakan seluruh rakyatnya. Akibat cetusan globalisasi, penggunaan bahasa Melayu kini semakin berkurangan dan merosot dalam kalangan masyarakat. Perkembangan teknologi kini menyebabkan kehidupan masyarakat moden semakin tidak mengambil berat terhadap masalah ini. Isu yang lebih menyedihkan apabila ada sesetengah masyarakat yang tidak mampu menguasai dan menggunakan bahasa Melayu dengan lebih sempurna walaupun mereka dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Kemerosotan penggunaan bahasa Melayu ini juga dapat dilihat dalam urusan untuk kegunaan rasmi. Kebanyakan syarikat swasta dan individu itu sendiri memilih untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa lain, misalnya bahasa Inggeris dalam berurusan dengan sesuatu pihak. Hal ini memperlihatkan bahasa Melayu telah diketepikan.
Sekilas Kata:
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Penggunaan bahasa ini dalam bentuk tulisan dan lisan menonjolkan jati diri penuturnya atau penggunanya. Bahasa ini mendukung nilai, budaya dan nuansa yang serasi dengan sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu dipupuk dengan menggunakan bahasa Melayu tanpa mengira masa kerana bahasa tersebut merupakan tonggak budaya, pemikiran dan kemajuan bangsa.
No comments:
Post a Comment