Bahasa
rojak ialah penggunaan bahasa yang ada campurannya dengan bahasa lain. Misalnya,
penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Pengguna bahasa rojak ini
biasanya terdiri daripada golongan muda. Bahasa rojak ini biasanya digunakan
dalam pertuturan. Pengguna bahasa rojak ini sebenarnya menampakkan peribadi
mereka sebagai individu yang tidak mampu berbahasa dengan baik, sama ada dalam
bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Bahasa rojak ini sebenarnya sangat memberi
kesan kepada status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara
Malaysia. Faktor penyumbang gejala penggunaan bahasa
rojak disebabkan oleh golongan muda tidak lagi didedahkan dengan penulisan
Bahasa Melayu formal atau aktiviti komunikasi di peringkat sekolah rendah dan
menengah.
Sekilas Kata:
Penggunaan
bahasa rojak dalam masyarakat Malaysia harus diambil perhatian serius.
Penggunaan bahasa rojak yang berleluasa akan menyebabkan krisis dalam
pembelajaran bahasa sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Pengguna bahasa
perlulah menggunakan satu bahasa sahaja secara sepenuhnya. Penggunaan bahasa asing yang mempunyai
persamaan makna dengan bahasa ibunda mesti dielakkan bagi menjaga ketulenan
sesuatu bahasa.
No comments:
Post a Comment