Ceritera 8
Ketika aku sedang sibuk mencari tajuk untuk penyelidikan,
aku terdengar lagu yang cukup romantis, iaitu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque
dan Atilia. Lagu ini sangat menarik dan alunan muziknya juga cukup rancak dan
tidak membosankan. Lirik lagu ini juga memaparkan kehidupan berumah tangga yang
harmoni dan penuh kesetiaan.
Sekilas Kata:
Dalam kehidupan berumah tangga, suami isteri hendaklah
mengamalkan sifat saling menyayangi, berkasih sayang, setia dan percaya kepada
pasangan masing-masing. Setiap pasangan juga cubalah untuk menggunakan kata
panggilan yang manja untuk pasangannya seperti abang, kekanda, adinda, sayang
dan sebagainya. Kata panggilan sebegini akan memberi kesan sentimen yang
tersendiri kepada pasangan anda. Amalan ini akan menerbitkan perkahwinan yang
sentiasa berbunga-bunga wangi, harmoni dan bahagia.
No comments:
Post a Comment