Ceritera 9
Bahasa slanga ialah bahasa yang digunakan oleh sekelompok
masyarakat tertentu dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Bahasa ini
biasanya digunakan oleh golongan remaja. Bahasa slanga ini juga sering berubah
dan tidak statik. Sesuatu ungkapan atau perkataan akan diberi makna baharu oleh
golongan remaja ini. Misalnya, awek, cun, balak, pakwe,sekodeng dan sebagainya.
Penggunaan bahasa slanga ini merupakan fenomena yang telah lama berlaku.
Pengalaman ketika saya berada di sekolah menengah, penggunaan bahasa slanga ini
telahpun digunakan. Misalnya, penggunaan
perkataan kencing (menipu), jiwang (perlakuan sentimental), jambu (cantik) dan
lain-lain. Namun, perkataan sebegitu sudah kurang digunakan kerana sudah ada
ungkapan baharu yang digunakan seperti kantoi (gagal), apa celop (apa cerita), bro (abang), merempit
(lumba haram), sangap (ikut nafsu), tog (kawan) dan sebagainya.
Sekilas Kata:
Penggunaan bahasa slanga yang meluas begitu
memberi kesan dalam penulisan dan pertuturan murid di sekolah. Pengaruh bahasa
slanga yang semakin berkembang dalam penggunaannya mendatangkan kebimbangan
bukan sahaja dalam kalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah
ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan lambakan bahan picisan seperti komik
yang mengandungi unsur bahasa slanga. Jika kita menerima kebiasaan penggunaan
bahasa slanga dalam alam realiti, maka akan lenyaplah bahasa Melayu yang
gramatis dan murni. Penggunaan bahasa slanga yang berleluasa kini akan
menyebabkan bahasa Melayu yang asal akan terhakis sedikit demi sedikit. Hal ini
juga akan mengakibatkan bahasa asal sesuatu bahasa juga akan hilang seri dan
keindahannya.
apa kesan bahasa slanga nie erk?
ReplyDelete