Setiap
kali saya keluar dari rumah, saya perlu menggunakan lif untuk ke kampus, rumah
rakan dan lain-lain. Kolej kediaman saya mempunyai tiga blok. Lif di blok 3
adalah paling perlahan pergerakannya berbanding lif di blok lain. Memandangkan saya
tinggal di blok 3, maka terpaksalah saya mengharungi keadaan lif tersebut. Dua hari
yang lepas, saya dan seorang rakan saya menaiki lif untuk pulang ke rumah
masing-masing. Mungkin ingin menghilangkan perasaan bosan dan keletihan, kami
pun berbual-bual di dalam lif.
Saya:
Letihnya hari ni.
Rakan:
Yelah , letih betul.
Saya:
Lambat pulak lif ni bergerak.
Rakan:
Yelah, berapa jam agaknya nak sampai ni.
Saya:
Mungkin 24 jam kut. (sambil tersenyum).
Sekilas Kata:
Penggunaan
‘berapa jam’ yang digunakan oleh rakan saya itu tampak seperti kami ingin pergi
ke suatu tempat yang jauh. Kata-kata yang digunakan itu sebenarnya suatu
sindiran kepada lif yang lambat bergerak.
Keadaan lif yang perlahan dan panas kadangkala boleh membuatkan
penggunanya berasa tidak sabar. Namun, kesabaran itu sebenarnya separuh iman. Jika
keadaan lif ketika itu mengalami kerosakan pasti banyak perkara lagi yang
timbul hanya disebabkan oleh sikap kita yang tidak sabar. Oleh itu, kita
perlulah bersyukur dengan segala nikmat yang kita perolehi.
No comments:
Post a Comment