Thursday 5 April 2012

Bahasa Melayu Tinggi

Ceritera 24


Bahasa Melayu tinggi ialah bahasa yang tepat dalam aspek-aspek bahasa, iaitu ketepatan dalam aspek ejaan, sebutan dan tatabahasa. Bahasa Melayu tinggi juga perlulah tepat dalam penggunaannya. Penggunaannya bukan sahaja terhad dalam situasi rasmi, namun juga berlaku dalam situasi tidak rasmi, baik dalam penulisan mahupun lisan. Antara ciri bahasa Melayu tinggi ialah:-

1.       Menggunakan sistem ejaan yang lengkap dan betul.
2.       Menggunakan tatabahasa yang betul.
3.       Menggunakan sistem morfologi yang betul.
4.       Menggunakan sistem sendi yang betul.
5.       Menggunakan perbendaharaan kata yang betul.
6.       Menggunakan semantik yang betul.
7.       Menggunakan bunga-bunga bahasa yang betul.
8.       Menggunakan adab-adab berbahasa yang betul.
9.       Menggunakan sistem panggilan yang betul.

Sekilas Kata:

Apabila penggunaan bahasa Melayu tinggi diamalkan dengan meluas dalam masyarakat Malaysia, maka amalan tersebut akan meningkatkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Amalan penggunaan bahasa Melayu rendah, seperti bahasa singkatan mesej singkatan (SMS) dan bahasa rojak perlulah dihindarkan supaya martabat dan keunggulan bahasa rasmi negara terus terpelihara.


Sumber:
http://dwnbahasa.dbp.my/?p=505
http://www.universitipts.com/index.php/site/comments/apa_itu_bahasa_melayu_tinggi/

No comments:

Post a Comment