Ceritera
31
Kesantunan
dalam konteks yang lebih luas tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa sahaja,
namun turut merujuk dalam aspek nonverbal, iaitu tingkah laku, mimik muka dan
nada suara. Menurut Lakoff (1975), kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi. Dalam konteks kesantunan berbahasa pula,
Asmah Hj. Omar berpendapat sesuatu penggunaan bahasa seharusnya tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja memfokuskan kepada latar sosio
budaya masyarakatnya yang berpegang kepada adat resam, malah diperkukuh oleh
pegangan Islam yang dianuti.
“Adat bersendikan hukum, hukum
bersendikan kitab Allah”.
Oleh
itu, konsep kesantunan tidak lengkap sekiranya perbincangannya terhad kepada
aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep
keikhlasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan
tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya.
Di samping itu, kesantunan berbahasa merujuk kepada cara
dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan. Dalam konteks
ini, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem
sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan kata
ganti nama. Aspek kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata yang sesuai
dengan situasi, topik perbincangan dan jarak hubungan antara penutur dan
pendengar. Aspek kesantunan berbahasa juga melihat aspek rendah atau lembut nada
pertuturan, gerak laku dan gaya serta ragam seseorang.
Sekilas Kata:
Masyarakat Melayu
sememangnya terkenal dengan adab daan tatasusilanya yang sopan. Oleh sebab itu,
lahirnya pelbagai bahasa kiasan dan peribahasa yang bertujuan untuk menjaga
adab ketika bertutur atau menegur. Nilai berbahasa sangat dititikberatkan oleh
orang Melayu. Dengan itu, wujudlah pelbagai bentuk bahasa seperti bahasa halus,
bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang
itu perlu bijak menyesuaikan pertuturan dan bahasanya dalam pelbagai konteks. Orang
yang santun ialah orang yang bijak meletakkan dirinya dalam keadaan tertentu.
cuba masukkan kesantunan verbal dan non verbal dalam blog ni..
ReplyDelete