Tuesday 17 April 2012

Bahasa Baku


Ceritera 27

Bahasa baku ialah bahasa yang sudah diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya dll).  Bahasa baku ialah bahasa standard. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), bahasa baku bermakna sistem bahasa yang digunakan secara seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Pengekodan bahasa ini melibatkan aspek tatabahasa, sebutan, ejaan, perkamusan dan peristilahan. Bahasa baku persuratan ialah bahasa yang bertatabahasa dan gramatis yang dizahirkan dalam bentuk tulisan. Bahasa baku pertuturan ialah bahasa yang berasaskan sistem yang mantap, bahasa yang bertatabahasa atau gramatis. Bahasa baku ialah satu daripada sekian banyak ragam yang ada dalam sesuatu bahasa, iaitu suasana rasmi. Bahasa baku berbeza dengan bahasa Johor-Riau. Bahasa Johor-Riau ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Misalnya, sebutan perkataan ‘saya’ disebut ‘saya’ bagi sebutan bahasa manakala dalam bahasa Johor-Riau disebut ‘saye’.

Sekilas Kata:

Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan. Penggunaan bahasa baku banyak digunakan dalam situasi yang rasmi manakala dalam situasi yang tidak rasmi tidaklah terlalu dituntut untuk menggunakan bahasa baku.

Sumber:

No comments:

Post a Comment